Minggu, 23 Oktober 2011

Tentang CINTA


Hanya Kamu

Kamu,
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.

 

 

82% Pasangan Lebih Mementingkan Kawan-Kawan Daripada Kekasih Sendiri

11 Oct 2011
Sebelum ini kami ada membuat satu soal selidik kepada peminat-peminat di Facebook Tentang Cinta. Soal selidik ini adalah bagi mengetahui siapakah yang lebih penting dalam hidup mereka jika mereka diminta untuk buat pilihan samada kawan-kawan ataupun kekasih.
Soalan yang ditanya adalah,
Soalan cepumas buat anda yang sedang bercouple. Manakah yang lebih penting? Kekasih atau kawan-kawan?
Seramai 852 orang yang telah menjawab soalan tersebut (dan masih ada lagi yang sedang menjawab soalan itu). Keputusan yang kami terima adalah seperti yang telah kami jangkakan.

 

 

7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita

26 Sep 2011
menjadi-pendengar-yang-baik
Memandang matanya adalah salah satu tips untuk menjadi pendengar yang baik
Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.
Mrs Teddy juga suka bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya. Sebagai seorang lelaki, saya akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar, anda akan membuatkan si dia kembali ceria dan happy. Kerana dalam hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk mendengar luahan hati dan perasaannya.
Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...

 

 

Petua Mencari Lelaki Yang Baik

16 Sep 2011
Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia khas buat pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian... :)-Mr & Mrs Teddy-
Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Namun begitu, apakah petua yang dapat wanita gunakan dalam mencari seorang lelaki yang baik ini? Berikut merupakan petua yang dikongsikan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.
1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

 

 

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

27 Jul 2011
Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

 

 

Cara-cara Melayan Suami

16 May 2011
Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari Bee di Forum Tentang Cinta.
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

 

 

Titipan Untuk Wanita

30 Apr 2011
Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari dieda di Forum Tentang Cinta.
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

 

 

24 Peringatan Buat Wanita

17 Apr 2011
Tips Cinta ini telah di sampaikan oleh saudari Puteri Ardini di Forum Tentang Cinta.
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

 

 

Wanita Mudah Maafkan Suami

9 Apr 2011
Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari aini80 di Forum Tentang Cinta.
Dalam meneliti perjalanan hidup kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan ini tidak terkecuali dalam menjalin dan mengukuhkan sesebuah perhubungan atau ikatan kasih sayang antara lelaki dan wanita, khususnya bagi pasangan suami isteri.
Apabila pasangan melakukan kecurangan dalam suatu hubungan, ia seolah-olah menaruh tuba dalam minuman apatah lagi selepas segala kepercayaan dan harapan tinggi diletakkan kepadanya. Jika ini yang terjadi adakah seseorang itu boleh memaafkan pasangannya?
Ketua Unit, Guaman Syarie Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata berdasarkan pengalaman sebagai peguam syarie tidak dinafikan dalam kebanyakan kes dirujuk, lelaki didapati lebih ramai yang curang dalam sesuatu hubungan itu berbanding wanita.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar